KETERANGAN KURSUS:
Bidang Elektronik Industri – Peralatan merupakan kursus yang memberikan pendedahan kepada pelatih mengenai :
- lukisan kejuruteraan elektronik;
- pengendalian dan penyelenggaraan alatan pengujian;
- pengujian kefungsian komponen, litar dan peralatan;
- mengesan kerosakan komponen dan litar; dan
- pengujian kefungsian sistem servo, pneumatik dan hidrolik.
PELUANG PEKERJAAN:
Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di firma-firma yang membuat dan menyelenggara peralatan elektronik bagi pejabat-pejabat dan loji-loji industri. Peluang pekerjaan juga terdapat di stesen radio dan televisyen serta makmal-makmal penyelidikan dan kilang-kilang elektronik. Peluang pekerjaan adalah cerah kerana pertumbuhan pesat industri yang berasaskan elektronik.
Instrumen | Kimpalan | Jurukerja Paip | Jurubina Bangunan | Pembuat Perabot | Pembuat Pakaian Wanita