Program KomunitiProgram Komuniti

KURSUS ASAS MENJAHIT:

Pusat Latihan Pembangunan Belia mengadakan Kursus Asas Menjahit secara percuma untuk kaum wanita yang ingin mempelajari kemahiran asas jahitan. Kursus ini merupakan satu Projek Komuniti PLPB yang dikhaskan untuk kaum wanita setempat, di setiap bahagian di negeri Sarawak. 

Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada para pelatih dalam membuat blaus; membuat kemeja wanita; membuat skirt; membuat gaun; membuat seluar panjang wanita; membuat sepasang baju kurung kedah; membuat sepasang baju kurung tradisional; membuat sepasang baju kurung moden; membuat sepasang kebaya tradisional; membuat sepasang kebaya moden; membuat cheongsam; membuat sepasang baju Melayu; membuat gaun kanak-kanak dan membuat langsir.

Tempoh kursus adalah separuh masa selama 6 bulan. Tempat kursus dan tenaga pengajar disediakan di 14 pusat seperti berikut:

  1. PPEW Kpg. Semarang, Kuching
  2. Dewan Suarah, Samarahan
  3. Dewan Suarah, Bau
  4. Rumah MAKSAK, Serian
  5. Dewan Suarah, Sri Aman
  6. Pejabat Pertanian, Debak
  7. Pejabat Pertanian, Pusa
  8. Pusat Pembangunan Sosial, Sarikei
  9. Pusat Pembangunan Sosial, Sibu
  10. Dewan Suarah, Kapit
  11. Dewan Suarah, Bintulu
  12. Pusat Pembangunan Sosial, Miri
  13. Dewan Suarah, Limbang
  14. Kuaters Kerajaan, Oya