ALUMNI PLPBALUMNI PLPB

ALUMNI PLPB merupakan satu inisiatif Pusat Latihan Pembangunan Belia (PLPB) untuk terus berhubung rapat dengan bekas-bekas pelatih. Melalui perhubungan yang berterusan, pihak PLPB mampu memperolehi maklumat mengenai status bekas pelatih sama ada bekerja, menyambung pelajaran/latihan ataupun tidak bekerja. Dengan adanya maklumat ini, pihak PLPB akan mampu membantu bekas-bekas pelatih yang tidak bekerja bagi mendapatkan pekerjaan yang berkaitan dengan bidang latihan yang diikuti.

Kepada bekas-bekas pelatih PLPB dari tahun 1973 hingga kini, kami mengalu-alukan anda mendaftar sebagai Ahli ALUMNI PLPB. Berkongsilah cerita anda dengan kami. KEJAYAAN ANDA INSPIRASI KAMI.

Untuk mendaftar sebagai Ahli ALUMNI PLPB, sila ke pautan Borang Pendaftaran ALUMNI.