MAJLIS KONVOKESYEN TAMAT LATIHAN PLPB 2012MAJLIS KONVOKESYEN TAMAT LATIHAN PLPB 2012

Dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Tamat Latihan PLPB 2012 akan diadakan seperti berikut:

   Tarikh   :  21 Mac 2012
   Masa    :  10.00 pagi
   Tempat :  Dewan Undangan Negeri Lama (DUN Lama)
 
Raptai untuk majlis tersebut akan diadakan pada 20 Mac 2012 jam 10.00 pagi. Kehadiran semasa raptai adalah wajib dan mereka yang hadir raptai sahaja akan menerima sijil pada majlis sebenar.

Sekiranya anda setuju untuk hadir, sila isi borang pengesahan di lampiran A (klik di sini).

Maklumat terperinci mengenai majlis tersebut adalah seperti di lampiran B (klik di sini).

Majlis konvokesyen ini adalah untuk pelatih yang menamatkan latihan di tahap dua (2) pada Sesi 2/2010, Sesi 1/2011 dan Sesi 2/2011. Surat jemputan untuk majlis tersebut sudah pun dihantar kepada saudara/saudari. Sila sahkan kehadiran anda sebelum 15 Mac 2012 dengan menghubungi Encik Zaidi di talian (082) 846408 / 846466  pada waktu pejabat tanpa menunggu surat jemputan sampai.
 
Berikut adalah senarai nama pelatih yang layak menerima sijil pada Majlis Konvokesyen Tamat Latihan PLPB 2012 mengikut jurusan/kelas masing-masing :

1. Jurusan Elektronik Industri
2. Jurusan Instrument dan Kawalan
3. Jurusan Kimpalan
4. Jurusan Jurukerja Paip
5. Jurusan Binaan Bangunan
6. Jurusan Perabot
7. Jurusan Pembuat Pakaian Wanita
8. Kelas Jahitan Komuniti PLPB

Bagi peserta Kelas Jahitan Komuniti PLPB Semarang, Bau, Kota Samarahan dan Serian, sila sahkan kehadiran anda dengan pengajar masing-masing.

Pihak urusetia majlis juga ada menyediakan tempat untuk bekas pelatih PLPB yang belum mendapat pekerjaan untuk mencari pekerjaan dengan menyertai sesi temuduga terbuka selepas Majlis Konvokesyen berakhir. Berikut adalah nama-nama syarikat yang akan menyertai sesi temuduga tersebut :

1. Salmah Tailor
2. Six-Zha Sport Center
3. Tokuyama Malaysia Sdn. Bhd.
4. Qamilla Collection (Wira Collection)
5. Aleeny Fashion
6. Press Metal Sarawak Sdn Bhd

Kepada graduan yang berminat, sila bawa dokumen-dokumen yang perlu untuk temuduga.

Khidmat gambar studio akan disediakan dan peserta yang berminat dikehendaki membawa wang yang mencukupi.

Bingkai gambar kayu berwarna emas juga ada dijual : 5R - RM20, 8R - RM58, 11R - RM58, 16R - RM158 dan 20R - RM248.

Semua pelatih yang menerima sijil di pentas akan mendapat sekeping gambar berukuran 5R secara PERCUMA.