Kelayakan & SyaratKelayakan & Syarat

KELAYAKAN AKADEMIK:
1. Para belia yang berminat untuk mengikuti latihan dalam bidang berikut diwajibkan lulus subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,  Matematik & Sains di peringkat SPM.

  • Instrumen & Kawalan
  • Elektronik Industri

2. Para belia yang berminat untuk mengikuti latihan dalam bidang berikut hendaklah sekurang-kurangnya menamatkan pelajaran di peringkat SPM.

  • Kimpalan
  • Mekanik Kenderaan Bermotor (Automotif)  Baru

3. Para belia yang berminat untuk mengikuti latihan dalam bidang berikut hendaklah sekurang-kurangnya menamatkan pelajaran di peringkat PMR. Walau bagaimanapun pemohon yang mempunyai kelayakan setakat UPSR juga akan dipertimbangkan.

  • Jurubina Bangunan
  • Jurukerja Paip
  • Pembuat Perabot
  • Pembuat Pakaian Wanita
  • Pembuat Pakaian Lelaki    Baru


SYARAT AM KEMASUKAN:
Selain memenuhi kelayakan akademik bagi program latihan yang di atas, pemohon juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak
  • Berumur 17 tahun ke atas
  • Sihat fizikal dan mental
  • Berminat dalam bidang yang dipohon