Sejarah PenubuhanSejarah Penubuhan

Pusat Latihan Pembangunan Belia (PLPB) merupakan sebuah institusi latihan kemahiran di bawah Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Ditubuhkan pada 16 Julai 1973 dan ditempatkan secara sementara di kawasan Sungai Periok, Jalan Pending Kuching. Sepanjang tempoh tersebut PLPB telah berkembang dan kini memiliki kampus tetap di kawasan Rampangi, Santubong,  Kuching. PLPB merupakan sebuah Pusat Bertauliah bagi program Sijil Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), yang telah berjaya melahirkan ramai tenaga mahir dan separa mahir untuk keperluan sektor industri di negeri Sarawak.


Pengasas Pusat Latihan Pembangunan Belia
Berdiri (dari kiri)
En. Umar b. Hj. Drahman, En. Kipli b. Sahar, En. Ooi Hoe Peng, Pn. Tang Lee Hua, En. Liaw Kin Seng, En. Yap Khoon Ho, En. Yong Shak Ho dan En. Seman b. Bakar.
Duduk (dari kiri)
En. William Lim Tze Ching, En. William Ang Choo Sin, En. Edmund Voon (Pengetua), En. Michael Geogre dan En. Ngiaw Kim Chong.

Di awal penubuhannya iaitu dari 16 Julai 1973 hingga 31 Disember 1974, PLPB di kenali sebagai Pusat Latihan Briged Pembangunan Belia dan ditadbir di bawah Yayasan Sarawak. Kemudian pada 1 Januari 1975 hingga 31 Oktober 1986 pula PLPB telah ditadbir di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negeri Sarawak. Seterusnya pada 1 November 1986 hingga 30 November 2000, PLPB diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Sosial, Negeri Sarawak. Bermula 1 Disember 2000 hingga 1 Ogos 2011, PLPB telah diletakkan di bawah Unit Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti, Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Dan pada 2 Ogos 2011, PLPB telah dinaiktaraf sebagai sebuah unit di Jabatan Ketua Menteri dan pengurusannya diketuai oleh seorang pengarah.

 

 

PLPB Dahulu

 

PLPB Kini