Soalan LazimSoalan Lazim

Bilakah pengambilan pelatih untuk berkursus di PLPB diadakan?
PLPB melakukan dua (2) kali pengambilan pelatih setahun iaitu Sesi 1 (Kemasukan Januari) dan Sesi 2 (Kemasukan Julai).

Dimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan untuk mengikuti latihan di PLPB?
Bagi yang berminat untuk mengikuti latihan di PLPB, borang permohonan boleh dimuat-turun melalui laman web PLPB.

Berapakah yuran yang perlu dibayar oleh saya sepanjang berkursus di PLPB?
Tiada sebarang yuran dikenakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di PLPB.

Adakah pihak PLPB akan menyediakan pekerjaan kepada pelatih yang telah mengikuti latihan?
Tidak tetapi pihak PLPB akan membantu sedaya yang mungkin bagi mencari pekerjaan kepada bekas pelatih. Oleh yang demikian semua bekas pelatih digalakkan mendaftar sebagai ahli Alumni PLPB bagi memudahkan pihak PLPB menghubungi bekas pelatih sekiranya terdapat tawaran pekerjaan daripada pihak industri.

Apakah sijil yang akan diperolehi oleh pelatih yang telah menamatkan latihan dengan jayanya?
Bagi pelatih yang berjaya menamatkan latihan dengan jayanya akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia.

Apakah ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?
Sijil Kemahiran Malaysia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia dan  diiktiraf oleh kerajaan.

Setelah menamatkan latihan di PLPB, adakah saya boleh melanjutkan latihan saya ke tahap yang lebih tinggi daripada apa yang saya perolehi di PLPB dan dimana?
Saudara/saudari boleh melanjutkan latihan ke mana-mana institusi latihan yang menawarkan latihan Sijil Kemahiran Malaysia yang lebih tinggi seperti Tahap 3 dan Tahap 4.