Maklumat KorporatMaklumat Korporat

PERKHIDMATAN TERAS PLPB:
Menyediakan latihan kemahiran vokasional pra-pekerjaan untuk belia.

VISI:

Menjadi pusat latihan vokasional dan teknikal yang diiktiraf oleh industri  tempatan dan antarabangsa.

MISI:

  • PLPB menyediakan program latihan kemahiran dan vokasional yang berkualiti dan terkini berlandaskan piawaian antarabangsa dalam menghasil graduan yang kompeten dan menyeluruh.
  • PLPB juga menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran dan berkelayakan, prasarana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif dalam memberi peluang latihan sepanjang hayat di samping memantapkan lagi hubungan dengan rakan industri.

OBJEKTIF STRATEGIK:

  1. Memantapkan Program Latihan Kemahiran Teknikal Yang Berkualiti, Relevan Dan Responsif  Sejajar Dengan Pengiktirafan Antarabangsa Serta Memenuhi Keperluan Semasa Industri.       
  2. Melahirkan Para Graduan Yang Mempunyai Kemahiran Teknikal Dan Berdaya Saing Bersesuaian Dengan Keperluan Industri Dan Pembangunan Sosio-Ekonomi Negara.
  3. Menambah Bilangan Dan Meningkatkan Kemahiran, Pengetahuan Dan Pengalaman Tenaga Pengajar Yang Sedia Ada.
  4. Memantapkan Kemudahan Latihan Dan Infrastruktur Yang Menepati Piawaian Yang Ditetapkan Dan Mengikut Perkembangan Teknologi Semasa.
  5. Meningkatkan Hubungan Dengan Rakan Industri Dalam Menyediakan Peluang Penempatan Bagi Tenaga Pengajar, Pelatih Dan Peluang Pekerjaan Bagi Graduan.
  6. Mempertingkatan Imej Dan Tahap Kesedaran Masyarakat Terhadap Latihan Kemahiran Teknikal Yang Ditawarkan Oleh PLPB.
  7. Menambahkan Bilangan Pengiktirafan Antarabangasa Terhadap Program Latihan Teknikal Yang Ditawarkan Dan Meningkatkan Penyertaan Diperingkat Antarabangsa.
  8. Membudayakan Latihan Kemahiran Sebagai Pembelajaran Sepanjang Hayat.