KETERANGAN KURSUS:
Bidang Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu merupakan kursus yang memberikan pendedahan dalam kerja-kerja binaan berasaskan kayu, melibatkan proses memotong, membuat, memasang, membina, membaiki struktur kayu dan lain-lain kerja yang berkaitan binaan di samping membuat kerja-kerja seperti menggunakan peralatan / mesin; membuat dan memahami lukisan teknik; membuat tanggam, kerja konkrit dan kerja bata, kerja kemasan dan kerja penyenggaraan, merancang projek, memasang pelbagai barang logam; menyediakan tapak bina; dan membina binaan sementara, kerangka, tingkap, pintu, bumbung dan tangga.
PELUANG PEKERJAAN:
Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja sebagai jurubina bangunan yang mahir dalam sektor pembinaan, selain bekerja sendiri dengan menerima tempahan membuat, mengubah dan membaikpulih struktur bangunan di kawasan-kawasan perumahan, pejabat dan juga di sektor industri.
Instrumen | Elektronik Industri | Kimpalan | Jurukerja Paip | Pembuat Perabot | Pembuat Pakaian Wanita