PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI LATIHAN KEMAHIRAN (SKM) KEMASUKAN JANUARI 2013PERMOHONAN UNTUK MENGIKUTI LATIHAN KEMAHIRAN (SKM) KEMASUKAN JANUARI 2013

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran yang ditawarkan oleh Pusat Latihan Pembangunan Belia bagi sesi kemasukan Sesi 1/2013 (Kemasukan Januari 2013), boleh memohon sekarang. Permohonan dibuka sepanjang tahun. Borang permohonan boleh dimuat-turun melalui laman web ini ataupun memohon secara dalam talian. Pemohon yang berminat sila klik di sini.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat di bawah pada atau sebelum 30 November 2012 jam 5.00 petang :-


Pengarah
Pusat Latihan Pembangunan Belia,
Jalan Sultan Tengah,
Rampangi, Santubong,
93050 Kuching.